Keputusan SPM 2010 telah pun diumumkan semalam...ramai pelajar yang menangis, ketawa, gelak dan tersenyum kerana mendapat keputusan SPM yang cemerlang...pelbagai wajah dapat dilihat dalam suasana tersebut...tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang..tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan SPM semalam...Saya mengucapkan tahniah walaupun para pelajar tidak mendapat keputusan yang cemerlang adalah kerana semua pelajar telah berjaya dari segi konteks berjaya menduduki dan mendapat keputusan SPM masing-masing.Cemerlang ataupun tidak sebenarnya rezeki dan takdir masing-masing dan berlandaskan usaha setiap pelajar.Ada juga para pelajar yang mendapat keputusan yang tak seberapa sedangkan mereka telah berusaha dengan baik dan mereka juga adalah pelajar yang hebat dalam akademik tetapi keputusan mereka tidak seberapa. Ini yang saya katakan sebagai rezeki dan takdir...Oleh itu, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua pelajar SPM tahun 2010 atas keputusan masing-masing...Kamu semua telah berjaya...
Keputusan SPM bukanlah penghujung jalan tetapi merupakan garisan permulaan perjalanan seseorang. Perjalanan seorang remaja berusia 18 tahun dalam kehidupan realiti baru bermula kerana inilah masanya merekan akan berdikari dan menentukan masa depan mereka. Perjalanan untuk mencapai kejayaan kehidupan pada masa depan bukanlah ditentukan oleh keputusan SPM.Konsep ini perlu diingat!!!saya tekankan di sini...
Namun, kejayaan kehidupan seseorang ditentukan oleh diri mereka sendiri bergantung bagaimana mereka mengemudi kehidupan yang penuh cabaran, sikap dan akhlak serta takdir mereka...
Secara realiti, ramai yang berjaya SPM dengan cemerlang tetapi gagal menghabiskan pengajian di universiti, ditendang keluar dari universiti dan lain-lain,Pendek kata mereka gagal dalam menempuhi kehidupan mereka...
Ramai juga yang keputusan SPM mereka tak seberapa tetapi dapat memegang segulung ijazah/sijil serta mendapat kerja-kerja yang sepatutnya...
Oleh itu, keputusan SPM bukanlah satu-satunya penentu kehidupan sehingga membuatkan para pelajar kecewa,sedih,putus asa dan lemah dalam kehidupannya...
Beyond the mind
Thursday, 24 March 2011
Saturday, 12 March 2011
post pertama
Assalamualaikum...alhamdulillah saya dapat create blog saya yang pertama kali ni setelah beberapa lama mencari jaln untuk create..thanz to fraidzul...
Saya Dr Firdaus, seorang doktor yang sedang bertugas di Seremban...
Selain bekerja sebagai seorang doktor, saya amat aktif melibatkan diri dalam aktiviti remaja,masyarakat dan pelajar2 sekolah...aktif sebagai motivator, penceramah dan mengendalikan program untuk pelajar-pelajar sekolah dan remaja secara percuma...Saya juga sentiasa menjadi mentor kepada pelajar2 sekolah dan remaja dalam memberikan nasihat, ceramah, pandangan, semangat dan motivasi, ilmu dan pengalaman kepada mereka...saya dikenali sebagai abg firdaus di kalangan mereka...
Insya Allah...melalui blog ini, pelbagai maklumat dan pengalaman serta pandangan akan dicoretkan dan dikongsi untuk kita semua...saya amat mengharapkan kalian akan sentiasa review dan comment atas blog dan coretan saya ini...dan jangan lupa addlah sebagai followers saya...
ok lah...nanti kita akan sambung lagi...
wassalam
Thank You...
Dr Firdaus

Subscribe to:
Posts (Atom)